PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Jumlah pembayaran keseluruhan adalah sebanyak RM10.42 bilion dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit ASB. ASB mengekalkan kadar pengagihan dividennya berbanding 2024 dan terus memberikan pulangan mampan yang mengatasi pasaran…










