CERITA Engku Isa Al Husam, semuanya bermula pada 2015 apabila Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mahu mengurniakan bawang goreng yang dihasilkan orang kampung kepada orang kenamaan dan kerabat dalam satu majlis. Tunku Azizah menitahkan Husam untuk menyediakan buah tangan tersebut. Bagaimanapun, penduduk kampung terbabit tidak cukup modal untuk mempersembahkan produk hasil mereka dengan kemas. Maka Husam pun mengubah suainya menjadi lebih rapi dan menarik. “Orang kampung selalunya…









