KUALA LUMPUR: Kekurangan syarikat tersenarai dengan modal pasaran melebihi AS$10 bilion dikenal pasti antara punca utama kelembapan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sepanjang hampir sedekad, sekali gus menjejaskan keupayaan Bursa Malaysia menarik pelabur asing. Ini secara tidak langsung menyukarkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memberi agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih tinggi seperti 10 tahun lalu memandangkan portfolio pelaburan syarikat pengurusan dana terbesar negara itu lebih kepada pasaran ekuiti…










