Bursa Malaysia dibuka negatif

Bursa Malaysia dibuka negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 4.85 mata kepada 1,679.68 pada pukul 9.22 pagi hari ini, berbanding 1,684.53 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,681.78.

Jumlah dagangan sebanyak RM77.75 juta unit bernilai RM37.02 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 135 berbanding 122 dengan 294 kaunter tidak berubah dan 2,135 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks KOSPI Korea Selatan turun 6.39 mata atau 0.15 peratus kepada 4,214.17 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Nikkei Jepun jatuh 187.44 mata atau 0.37 peratus kepada 50,339.48 indeks dan STI Singapura susut sebanyak 7.56 mata atau 0.16 peratus kepada 4,647.82 . – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN