Suria Park perkukuh legasi IJM Land di Puncak Alam
CHAI Kian Soon (tiga dari kanan) bersama Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Mohammad Faisal Ismail (tiga dari kiri) semasa pembukaan Suria Park di Suria Hill, Puncak Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENERUSKAN visi pembentukan komuniti sejahtera, IJM Land memperkenalkan Suria Park bagi memperkukuh legasi, sekali gus mercu tanda hijau yang melambangkan komitmen syarikat dengan pelaburan bernilai RM3 juta di atas tanah seluas 1.78 hektar.

Pembangunan itu menetapkan penanda aras baharu dalam membina komuniti sejahtera dan saling berhubung di Suria Hill.

Ketua Pegawai Operasi IJM Land, Datuk Chai Kian Soon berkata, peranan IJM Land sentiasa untuk membentuk perbandaran yang membesar bersama keluarga dan menyokong aspirasi mereka.

“Suria Park mencerminkan visi tersebut, ia memperkayakan rutin harian sama ada melalui larian pagi, langkah santai pada waktu senja atau permainan meriah di gelanggang.

“Di sini, orang ramai boleh berkumpul, berkongsi pengalaman dan merasakan diri mereka sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar dalam suasana yang selamat dan mesra.

“Beginilah kami meneruskan perjalanan bersama Puncak Alam, sebuah perbandaran yang berkembang seiring dengan semangat IJM Land sejak dahulu lagi,” katanya dalam kenyataan.

Suria Park yang kini dibuka kepada penduduk dan orang awam, menonjolkan peranannya sebagai ruang yang menghubungkan jiwa komuniti. Ia bukan sekadar taman rekreasi, tetapi pusat kehidupan yang menghidupkan semangat kebersamaan setiap hari.

Sementara itu, Setiausaha Politik bagi Menteri Kesihatan Malaysia (KKM), Mohammad Faisal Ismail berkata, Suria Park mencerminkan bagaimana ruang awam yang dirancang dengan teliti mampu memberikan nilai berkekalan kepada komuniti.

“Ia menjadi tempat di mana keluarga, jiran serta kanak kanak dapat berkumpul dalam suasana selamat dan ceria, sekali gus memperkukuh hubungan sosial di Bandar Puncak Alam.

“Inisiatif ini turut menetapkan penanda aras baharu bagi pembangunan di Kuala Selangor, membuktikan bahawa perancangan berwawasan mampu memperindah dan mem­perkaya­kan kehidupan seharian,” ujarnya.

Direka oleh HODA Design, landskap Suria Park berinspirasikan Suria, simbol tenaga, kehangatan dan pembaharuan.

Direka sebagai ruang rekreasi inklusif untuk semua peringkat umur, Suria Park menampilkan pelbagai kemudahan bagi memenuhi gaya hidup aktif dan santai komuniti.

Trek joging sepanjang 400 meter serta laluan mendaki sejauh 250 meter disediakan untuk penggemar aktiviti luar, manakala dua gelanggang serba guna memberi ruang kepada sukan seperti bola keranjang, futsal, badminton, pickleball dan sepak takraw.

Bagi kanak-kanak, taman papan luncur dan dinding panjat menambah elemen keseronokan, di samping Taman Permainan Kanak-Kanak Suria yang menjadi tumpuan keluarga.

Bagi pencinta haiwan, Taman Kucing khas turut disediakan, melengkapkan suasana mesra komuniti.

Kemudahan seperti stesen kecergasan luar, dua Gazebo Suria, ruang rehat berbumbung serta tempat letak kereta memastikan pengalaman riadah yang selesa, seimbang dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Pelancaran Suria Park menyerlahkan impian besar Suria Hill, sebuah perbandaran di tanah tinggi yang dicipta sebagai destinasi percutian moden untuk seisi keluarga.

Di atas hamparan seluas 68.79 hektar dan pada ketinggian 50 meter dari aras laut, Suria Hill menawarkan kediaman bernuansa resort dengan kepadatan rendah hanya 10 unit bagi setiap ekar, di mana ketenangan, privasi dan kesejahteraan menjadi nadi kehidupan setiap hari.

Seluruh perbandaran ini dirancang dengan rangkaian hijau merentasi lima fasa, termasuk taman bertema seperti Vitality Garden, Sensory Garden dan Sunrise Garden, menjadikan Suria Hill sebuah komuniti yang hidup dengan identiti alam semula jadi.

Suria Hill turut menikmati keterhubungan jalan raya yang menyeluruh melalui Persiaran Mokhtar Dahari serta akses ke rangkaian lebuh raya utama seperti Lebuhraya Timur-Barat (LATAR), Lebuhraya Ekspres Grand Central (GCE), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Selain itu, stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal dibuka kira-kira satu kilometer dari sini dijangka menambah pilihan pengangkutan moden kepada penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN