Sunway Majestic pacu gaya hidup rentas sempadan

Sunway Majestic pacu gaya hidup rentas sempadan

SUNWAY Majestic menawarkan unit satu hingga tiga bilik tidur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNWAY Property melancarkan Sunway Majestic, pembangunan pangsapuri pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) pegangan kekal pertama syarikat itu di Pusat Bandar Johor Bahru (JBCC).

Ia direka bagi memenuhi gaya hidup moden rentas sempadan serta permintaan tinggi pasaran hartanah wilayah selatan.

Terletak hanya tiga kilometer (km) dari laluan Rapid Transit System (RTS) yang bakal siap menjelang akhir 2026 dan bersebelahan dengan Sunway Commercial Square yang akan datang, projek itu menampilkan kediaman pintar dengan reka bentuk fleksibel serta kemudahan gaya hidup lengkap.

Ini sekali gus menjadikannya pilihan ideal untuk pembeli rumah dan pelabur yang mencari nilai jangka panjang di pusat bandar Johor Bahru.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Property (Wilayah Selatan), Gerard Soosay berkata, pembangunan tersebut menandakan langkah strategik syarikat dalam menerajui transformasi gaya hidup di Johor Bahru yang kini berkembang daripada alternatif mampu milik kepada destinasi kediaman mapan.

“Pemilik hartanah kini lebih arif dan berpandangan jauh. Mereka menuntut komuniti yang selamat, saling berhubung serta sesuai dengan kehidupan rentas sempadan.

“Sebagai pemaju komuniti utama, kami komited membentuk landskap bandar dengan visi masa hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sunway Majestic menawarkan unit satu hingga tiga bilik tidur dengan harga jualan bermula sekitar RM400,000, selaras dengan keutamaan 72 peratus pembeli yang mencari hartanah di bawah RM1 juta.

Setiap unit direka menerusi konsep unik ‘Design to Own’ yang membolehkan pembeli menyesuaikan ruang mengikut gaya hidup masing-masing, sejajar dengan trend pasaran semasa yang mengutamakan fleksibiliti dan kecekapan ruang.

Projek ini turut menampilkan sistem keselamatan berlapis, kemudahan moden termasuk bas ulang-alik khas ke RTS, laluan pejalan kaki ke Hutan Bandar, akses mudah ke pusat membeli-belah, sekolah serta kemudahan kesihatan.

Gerard berkata, pembangunan bersebelahan Sunway Commercial Square itu akan memberi kemudahan terus kepada hab runcit dan kepelbagaian pilihan kulinari yang bakal diuruskan oleh Sunway Malls, sekali gus memperkukuh ekosistem gaya hidup bandar Johor Bahru.

“Gabungan lokasi strategik, keterhubungan rentas sempadan dan kemudahan bandar yang menyeluruh menjadikan Sunway Majestic pilihan menarik untuk golongan muda profesional, pelabur dan mereka yang bersedia menghadapi fasa kehidupan baharu seperti persaraan,” jelasnya.

Sejak pembukaan galeri jualan, lebih 100 kumpulan pelanggan mengunjungi setiap hari, dengan profil pembeli terdiri daripada 30 peratus rakyat Singapura dan 70 peratus rakyat Malaysia, di mana 60 peratus daripadanya bekerja di Singapura.

Sebanyak 70 peratus pembelian adalah untuk kediaman sendiri, manakala selebihnya bagi tujuan pelaburan, mencerminkan keyakinan tinggi terhadap pasaran kediaman di pusat bandar Johor Bahru.

Sunway Majestic turut menjadi sebahagian daripada Kempen The BIG Deal peringkat nasional oleh Sunway Property, yang menampilkan 16 projek ikonik dan pelancaran baharu di Lembah Klang, Johor, Ipoh dan Pulau Pinang.

Kempen yang berlangsung hingga 30 November 2025 itu menawarkan ganjaran tunai bernilai RM10 juta bersama pakej dan insentif eksklusif untuk pembeli, menjadikannya masa terbaik memiliki kediaman impian Sunway Property.

Gabungan reka bentuk pintar, kemudahan lengkap dan nilai pelaburan jangka panjang menjadikan Sunway Majestic bukan sekadar kediaman, tetapi simbol gaya hidup moden yang efisien, selamat dan mampan di tengah nadi Johor Bahru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN