KUALA LUMPUR: Platform perancangan pusaka digital, Sampul, bakal dilancarkan Disember ini dengan misi membantu rakyat Malaysia merancang dan mengurus harta secara lebih mudah, sistematik dan patuh syariah melalui satu aplikasi mesra pengguna. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arham Merican berkata, aplikasi tersebut dibangunkan bagi memudahkan pengguna membuat dua perkara utama, iaitu merancang harta semasa hidup serta mengurus harta selepas kematian ahli keluarga. “Menerusi aplikasi itu, pengguna boleh menyediakan wasiat digital, hibah amanah…










