PETALING JAYA: Kaunter teknologi dan pembinaan dijangka kekal menjadi pemacu utama kenaikan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menjelang hujung tahun berikutan minat belian yang berterusan. Sebelum ini, penganalisis menjangkakan Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif, dengan sasaran FBM KLCI sekitar 1,640 mata menjelang hujung tahun. Profesor Madya di iCATS University College, Kuching, Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, sektor teknologi, pembinaan serta perkhidmatan kewangan yang stabil mempunyai modal…










