PETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad (PDB) mencatatkan untung bersih sebanyak RM281.25 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2025, lebih rendah berbanding RM335.14 juta yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya. Dalam makluman di Bursa Malaysia, PDB berkata, penurunan disebabkan oleh keuntungan kasar yang lebih rendah daripada trend harga MOPS (Mean of Platts Singapore) yang kurang memberangsangkan serta keadaan pasaran, yang diimbangi oleh peningkatan permintaan bagi Jet A1.…










