PETALING JAYA: Pemaju hartanah Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) mencatatkan keuntungan bersih yang stabil pada RM67.5 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026 berakhir 30 September 2025, berbanding RM67.4 juta sebelum ini. Prestasi berdaya tahan itu dicapai meskipun margin lebih rendah akibat perubahan campuran produk, apabila kumpulan mengiktiraf sumbangan lebih tinggi daripada pembangunan kediaman bertingkat tinggi di Lembah Klang dan projek Australia yang telah siap. Masing-masing membawa profil margin…










