Haier lancar mesin basuh X Series - Utusan Malaysia

Haier lancar mesin basuh X Series

FAN Jing (dua dari kanan) pada majlis pelancaran mesin basuh X Series serba baharu di Puchong, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Haier Malaysia melancarkan rangkaian mesin basuh X Series serba baharu yang direka dengan teknologi pintar untuk memudahkan rutin dobi sambil menjimatkan masa, air dan tenaga bagi setiap isi rumah di negara ini.

Mesin basuh tersebut melengkapkan pelancaran produk baharu Haier Malaysia yang dirancang untuk tahun ini, menyokong strategi pertumbuhannya yang menumpukan kepada pengembangan portfolio peralatan rumah premium.

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing berkata, 2025 membawa momentum yang positif untuk segmen mesin basuh syarikat, dengan barisan model Haier L+ Washing Machine yang dilancarkan pada Mei lalu diterima baik pengguna dan menjadi tarikan utama di pameran serta jelajah produk.

“Haier X Series ini merupakan mesin basuh terbaharu kami yang mencerminkan komitmen jenama ini terhadap inovasi bermatlamat dengan memperkenalkan teknologi pintar yang memudahkan kehidupan sambil mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

“Kami percaya ia akan memberikan rangsangan baharu di pasaran dan menyokong sasaran pertumbuhan tahunan sebanyak 30 peratus bagi segmen mesin basuh kami.

“Bagi 2026, tumpuan kami kekal pada pembinaan jenama, pengalaman premium dan pertumbuhan yang mampan. Kami akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan produk kami selari dengan gaya hidup moden,” katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Haier X Series menggabungkan ciri-ciri pintar untuk menjadikan rutin dobi lebih mudah, antaranya ciri AI Wash yang akan mengesan jenis fabrik dan kadar penyerapan air secara automatik untuk mengesyorkan program cucian optimum, memastikan penjagaan tepat untuk setiap muatan.

Selain itu, Essence Wash menyediakan teknologi pracampuran dan mikrobuih proprietari Haier yang melarutkan bahan pencuci secara sekata dan menyemburkannya terus ke atas fabrik untuk cucian yang lebih mendalam.

Kitaran penuh cucian boleh disiapkan dalam hanya 39 minit, sekitar 37 peratus lebih cepat daripada kitaran tradisional, sekali gus menjimatkan masa, air dan tenaga.

Mesin basuh Haier X Series serba baharu kini boleh di pra-tempah bermula dari RM2,249.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.haier.com/my atau halaman media sosial rasmi di Facebook, Instagram, dan TikTok – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN