Giulio Slavich dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Malaysia

Giulio Slavich dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah melantik Giulio Slavich sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi anak syarikat insurans hayatnya, Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life), berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Giulio mengambil alih tugas daripada CEO Allianz Life kini, Charles Ong, yang akan bersara pada 31 Disember 2025 selepas lebih 30 tahun berkhidmat dalam industri insurans.

Beliau menyertai Allianz Malaysia sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) pada 2022 dan berjaya mengetuai fungsi Laporan Kewangan dan Kelestarian, memacu pelaksanaan IFRS 9 dan 17, mempromosikan inisiatif kelestarian Kumpulan Allianz Malaysia serta memimpin program transformasi agensi syarikat. 

Sebelum ini, Giulio pernah memegang jawatan Ketua Global Pusat Kecekapan Hayat & Kesihatan di Kumpulan Allianz SE serta mengetuai segmen Hayat di Allianz Italy.

CEO Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, Giulio membawa pengalaman yang luas kepada peranan baharunya, dengan pengalaman 25 tahun dalam industri insurans. 

Katanya, kerjaya beliau mencerminkan pemahaman yang mendalam tentang dinamik and kebolehan menyesuaikan diri dalam insurans global merentasi kumpulan insurans yang besar dan kami yakin beliau boleh mendorong Allianz Life mencapai prestasi yang lebih cemerlang.

“Charles telah menjadi sumber kekuatan dan kebijaksanaan yang teguh dalam organisasi ini. Kepimpinan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi telah memainkan peranan penting untuk organisasi dan pihak pengurusan ingin mengucapkan rasa syukur kami untuk sumbangan yang tidak ternilainya,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, CEO Serantau Allianz Asia Pacific, Anusha Thavarajah berkata, pelantikan Giulio menunjukkan komitmen Allianz dalam membangunkan pemimpin berbakat yang mampu membentuk industri dan memacu pembangunan lestari.

“Pengalaman global dan pemahaman Giulio tentang perniagaan Allianz Life Malaysia melayakkan beliau untuk menyokong perkembangan organisasi secara berterusan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Charles untuk kepimpinan dan sumbangannya yang besar kepada Allianz selama ini. Sumbangannya telah membina sebuah perniagaan yang berdaya tahan di Malaysia, dan saya berbesar hati untuk bekerjasama dengannya dalam tugasnya sebagai penasihat,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN