PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar sederhana pada suku keempat tahun ini, berada dalam lingkungan 4.5 hingga 5.0 peratus. Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi dan Pengajian Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, UiTM, Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, pertumbuhan pada suku keempat tahun ini akan kekal sederhana dengan syarat tiada kejutan besar berlaku. Katanya, ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus dalam sembilan bulan pertama 2025, sekali gus menunjukkan daya…










