Bursa Malaysia dibuka negatif

Bursa Malaysia dibuka negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Bursa Malaysia turun 0.78 mata kepada 1,616.68 pada pukul 9.18 pagi hari ini, berbanding 1,617.46 penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,616.75.

Jumlah dagangan sebanyak RM91.28 juta unit bernilai RM44.87 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 108 berbanding 98 dengan 225 kaunter tidak berubah dan 2,295 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 0.95 peratus kepada 3,949.17 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Nikkei Jepun turun 130.03 mata atau 0.26 peratus kepada 50,037.07 dan indeks STI Singapura naik 0.17 peratus kepada 4,509.34-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN