Bank Muamalat tawar bantuan khas banjir - Utusan Malaysia

Bank Muamalat tawar bantuan khas banjir

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menawarkan bantuan khas banjir yang merangkumi bantuan moratorium untuk semua pembiayaan individu dan perniagaan sehingga enam bulan.

Bank turut membantu dari segi penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran kepada pelanggannya yang terjejas ekoran situasi banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Khairul Kamarudin berkata, sebagai sebuah institusi perbankan Islam penuh yang berteraskan nilai ihsan dan tanggungjawab sosial, peranan bank bukan sekadar menyediakan produk kewangan, tetapi lebih daripada itu.

“Bank Muamalat amat prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi pelanggannya termasuk individu serta perniagaan dan berharap bantuan khas banjir ini dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terlibat.

“Langkah proaktif akan diambil bagi memastikan proses dokumentasi dan kelulusan permohonan dipermudahkan,” katanya dalam kenyataan.

Pelanggan yang menghadapi kesulitan kewangan berikutan bencana ini boleh memohon bantuan khas ini dengan memuat turun borang permohonan “Service Request Form” (SRF) yang tersedia di laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my dan menghantar dokumen sokongan yang berkaitan menerusi emel [email protected].

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat, boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2600 5500, layari laman sesawang Bank Muamalat atau kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN