Tempahan Proton e.MAS 5 dibuka bermula esok

Tempahan Proton e.MAS 5 dibuka bermula esok

SIARAN langsung khas berlangsung dari pukul 8 malam hingga 10.30 malam untuk tempahan Proton e.MAS 5 dikendalikan oleh pempengaruh dan usahawan automotif, Boss James bersama pelakon, Norreen Iman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net), anak syarikat milik penuh Proton membuka tempahan untuk Proton e.MAS 5 baharu, kereta elektrik (EV) paling mampu milik di Malaysia bermula Sabtu ini.

Pro-Net berkata, tempatan tersebut akan dibuat menerusi acara siaran langsung khas yang berlangsung dari pukul 8 malam hingga 10.30 malam yang dikendalikan oleh pempengaruh dan usahawan automotif, Boss James bersama pelakon, Norreen Iman.

Katanya, sesi ini akan menampilkan segmen interaktif, demonstrasi produk secara langsung serta perkongsian pengalaman EV bersama pakar automotif.

Tambahnya, siaran langsung ‘Open for Booking’ itu akan mendedahkan harga kereta ini dan boleh ditonton di semua saluran rasmi media sosial Proton e.MAS serta platform sosial pempengaruh tersebut bagi membolehkan lebih ramai penonton menyaksikan dan berinteraksi secara langsung.

“Direka sebagai sebuah EV untuk semua rakyat Malaysia, e.MAS 5 menggabungkan nilai mampu milik dengan kepraktisan, menjadikan elektrifikasi lebih mudah diakses. 

“Walaupun bersaiz kompak dalam segmen B, ia menawarkan keluasan setaraf kereta segmen C, memastikan keluarga, rakan-rakan dan penumpang menikmati perjalanan yang selesa. Sememangnya, e.MAS 5 adalah cara pemanduan yang lebih pintar, bersih dan praktikal,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, e.MAS 5 ialah hatchback elektrik kompak pertama yang direka khusus untuk jalan raya dan gaya hidup rakyat Malaysia.

“Sejak penampilannya di MARii Autoshow 2025, diikuti siri jelajah e.MAS Tour MISI 5, kempen Electrify Your Life, serta perarakan Hari Kebangsaan, e.MAS 5 telah diperkenalkan kepada lebih tiga juta rakyat Malaysia dan menerima sambutan yang amat menggalakkan. 

“Maklum balas pelanggan menjadi sebahagian penting dalam perjalanan ini dan ia memberikan keyakinan kepada kami bahawa e.MAS 5 akan menetapkan tanda aras baharu untuk mobiliti elektrik mampu milik di Malaysia,” ujarnya.

Bermula 4 Oktober, rakyat Malaysia boleh menempah e.MAS 5 sama ada melalui pelancaran siaran langsung atau di mana-mana pengedar e.MAS seluruh negara. 

“Tempah e.MAS 5 anda dan nikmati ganjaran eksklusif tempahan awal termasuk rebat khas. Tawaran ini hanya sah untuk pendaftaran awal dalam jumlah yang terhad,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN