Ringgit dijangka mengukuh, capai RM4.10 tahun hadapan

Ringgit dijangka mengukuh, capai RM4.10 tahun hadapan

CHOONG Yin Pheng (tengah) dalam meja bulat pasca Belanjawan 2026 di Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus mengukuh sehingga mencapai paras 4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) seawal suku kedua 2026.

Pengurus Besar, Penyelidikan Ekonomi dan Pendapatan Tetap Hong Leong Bank (HLB), Choong Yin Pheng berkata, mata wang negara diunjurkan mengukuh kepada paras 4.20 pada hujung tahun ini.

“Belanjawan 2026 secara keseluruhannya agak positif untuk ringgit, memandangkan secara tradisinya, impak belanjawan ke atas ringgit agak diredam.

“Peningkatan secara beransur-ansur dalam ringgit disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang baik, prospek inflasi yang terkawal serta perbezaan kadar faedah yang semakin menurun antara Malaysia dan AS.

“Kami menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia antara empat dan 4.5 peratus bagi tahun 2026, manakala Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka dikekalkan pada 2.75 peratus,” katanya pada sesi meja bulat yang membincangkan impak Belanjawan 2026 anjuran HLB di sini hari ini.

Sementara itu, Profesor Adjung di Taylor’s University, Prof. Dr. Ong Kian Ming berkata, kerajaan dilihat hanya akan mengembalikan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada penggal pemerintahan seterusnya, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-16.

Katanya, pelaksanaan semula GST sebenarnya masuk akal sekiranya menggunakan pendekatan berperingkat dan distrukturkan dengan cara yang boleh diterima, misalnya pengenalan semula pada kadar lebih rendah.

“Ya, hasil mungkin terjejas, tetapi anda boleh mengimbanginya dengan meningkatkan tahap penjimatan subsidi selepas pilihan raya umum, contohnya dengan mengurangkan kuota BUDI95 dan mungkin meningkatkan harga jualan petrol bersubsidi secara beransur-ansur.

“Saya rasa kredit harus diberikan kepada kerajaan kerana mereka memperkenalkan BUDI95 dengan cara yang sangat bijak, apabila anda melihat harga di pam, ia berdasarkan RM2.60 seliter.

“Bagi saya untuk tangki penuh, ia lebih sekitar RM100 dan saya mendapat subsidi lebih RM20 yang membuatkan saya menghargai subsidi diberikan. Sekiranya jumlah subsidi yang saya terima dikurangkan kepada RM15 misalnya, saya masih akan berasa berterima kasih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN