PETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api dan penstrukturan semula perbelanjaan membantu menstabilkan kedudukan kewangan negara, walaupun hasil kerajaan diunjurkan lebih rendah dalam Belanjawan 2026 akibat penurunan harga minyak mentah global, kata Standard Chartered Global Research. Ahli Ekonomi dan Penganalisis Pertukaran Asing Standard Chartered Bank (Singapore) Limited, Jonathan Koh berkata, usaha rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat mula menunjukkan hasil positif apabila kerajaan dapat mengekalkan disiplin fiskal tanpa menjejaskan bantuan kepada…