PETALING JAYA: Propel Global Berhad (Propel Global), mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Propel CMT Sdn. Bhd. (“PCMT”), dalam usaha sama dengan China State Construction Engineering (M) Sdn. Bhd. (“CSCEM”) (secara kolektif, “JV”), telah menerima dan melaksanakan Surat Setuju Terima daripada sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan di Singapura untuk pakej kerja sivil dan struktur permulaan untuk pembangunan pusat data di Johor Bahru. Kontrak bernilai kira-kira RM70 juta, meliputi kerja-kerja pembinaan sivil dan struktur dan dijadualkan siap pada separuh…