PELABURAN besar kerajaan dalam sektor pelancongan menerusi Belanjawan 2026 merupakan langkah strategik bagi merancakkan semula pasaran pekerjaan dan memperkukuh ekonomi tempatan. Dengan peruntukan yang disalurkan kepada pembangunan infrastruktur, promosi destinasi baharu serta program latihan kemahiran, sektor ini dijangka menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Tumpuan kepada pelancongan bukan sahaja mampu menjana peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), tetapi turut mewujudkan limpahan ekonomi kepada komuniti…










