PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 7.06 mata kepada 1,615.19 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,622.25 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,601.75.
Jumlah dagangan sebanyak RM3.62 bilion unit bernilai RM2.82 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 826 berbanding 379 dengan 452 kaunter tidak berubah dan 1,029 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan jatuh sebanyak 26.05 mata atau 0.72 peratus kepada 3,584.55 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura susut 34.54 mata atau 0.78 peratus kepada 4,392.520 dan indeks Nikkei Jepun turun 491.64 mata atau 1.01 peratus kepada 48,088.80. – UTUSAN