PETALING JAYA: Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global apabila dagangan dunia mula menyusun semula alirannya berikutan kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap China, kata Kenanga Investment Bank Berhad Bank pelaburan berkata, pertumbuhan jumlah kontena di pelabuhan Malaysia dijangka kekal pada kadar satu angka, dengan sedikit manfaat daripada potensi alih dagang susulan ketegangan perdagangan AS-China. “Bintulu Port Holdings Berhad berpotensi menjadi penerima manfaat terbesar dalam jangka panjang berikutan pendedahan…