KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi penekanan serius terhadap pembangunan tenaga kerja sedia ada, satu kumpulan yang sering kali terlepas pandang dalam dasar latihan dan peningkatan kemahiran nasional dalam pembentangan Belanjawan 2026. Ketua Pegawai Eksekutif K PINTAR Sdn. Bhd. (K PINTAR), RA Thiagaraja berkata, kebanyakan inisiatif yang disediakan untuk graduan universiti dan pencari kerja baharu, tetapi pekerja sedia ada sering terlepas pandang. “Jika kita melihat hari ini, banyak inisiatif disasarkan kepada…