Iklan kerja percuma rapatkan jurang pekerjaan di luar bandar raya

Iklan kerja percuma rapatkan jurang pekerjaan di luar bandar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh: Pengarah Urusan Jobstreet by SEEK Malaysia, Nicholas Lam. 

DALAM usaha Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang seimbang, peluang pekerjaan kini semakin berkembang di luar bandar raya. 

Negeri seperti Ipoh, Kuching dan Kota Bharu menyaksikan peningkatan dalam aktiviti perusahaan, dipacu oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menurut SME Corporation Malaysia, PMKS menyumbang hampir 96 peratus daripada keseluruhan firma di Malaysia pada 2024 dan menggajikan seramai 8.1 juta pekerja. 

Perniagaan ini mencatatkan pertumbuhan 5.8 peratus, menyumbang RM652.4 bilion kepada ekonomi, dengan bahagian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 39.5 peratus berbanding 39 peratus pada tahun sebelumnya. 

Tatkala PMKS di Malaysia berusaha untuk berkembang serta menembusi pasaran global, banyak yang melaksanakan strategi fleksibel seperti pengurusan pecahan. 

Ini di mana eksekutif berpengalaman dibawa secara separuh masa atau berasaskan projek untuk membantu syarikat menyesuaikan diri dengan pantas terhadap permintaan pasaran.

Menyedari keperluan platform pekerjaan yang mudah diakses, Jobstreet by SEEK memperkenalkan model freemium pada Ogos 2024, ciri iklan kerja percuma yang menghubungkan perniagaan dengan calon yang sesuai melalui sistem padanan kecerdasan buatan (Al).

Sejak dilancarkan, freemium telah menarik hampir 300,000 permohonan, merapatkan jurang antara calon di luar bandar dengan PMKS serta membuka peluang pekerjaan yang relevan. Antara usaha nodel freemium ini adalah:

Perubahan Keutamaan PMKS

Bagi kebanyakan PMKS, peningkatan gaji, peraturan buruh asing yang semakin ketat, serta keperluan pelaporan baharu menjadikan operasi lebih mencabar. 

Selain itu, kekurangan tenaga mahir dan separa mahir terus membataskan kapasiti pertumbuhan. 

Bagi menangani masalah ini, majikan semakin beralih kepada kemampuan menyeluruh mengutamakan calon yang mempunyai pelbagai kemahiran serta membantu syarikat mencapai lebih banyak dengan sumber yang terhad.

Kerajaan turut mengambil langkah untuk mengurangkan beban ini. 

Inisiatif seperti Geran Digital PMKS Madani (GDPM), dengan dana tambahan RM50 juta tahun ini, bertujuan mempercepatkan pendigitalan PMKS, memberi syarikat di luar bandar raya akses kepada peralatan dan sumber yang diperlukan untuk beroperasi dengan lebih cekap…

Disokongi pula dengan program seperti Penjana HRDF Reskilling yang memudahkan akses kepada peningkatan kemahiran, ia membekalkan lebih ramai calon pekerja dengan kemahiran dalam sektor berpermintaan tinggi, daripada pembuatan hingga logistik.

Menghubungkan PMKS dengan Calon yang Sesuai

Kumpulan bakat yang berkembang ini menawarkan PMKS di seluruh negara untuk mendapatkan calon yang terbaik bagi fasa pertumbuhan seterusnya. 

Dengan freemium Jobstreet, syarikat boleh mencapai dan melantik calon berkualiti tanpa menanggung kos tambahan. 

Tanpa halangan kewangan ini, perniagaan kecil kini mempunyai akses kepada calon berkualiti sama seperti syarikat-syarikat besar membantu mereka mencari, menarik, dan melantik pekerja yang sesuai dengan pantas.

Banyak PMKS mendapati fungsi freemium sebagai satu penyelesaian yang praktikal dan rendah risiko. 

Momentum ini turut terserlah dalam sektor Pembuatan, Pengangkutan & Logistik, di mana iklan kerja percuma di Jobstreet mencatat peningkatan 90 peratus tahun ke tahun, mencerminkan permintaan tinggi untuk tenaga kerja mahir dalam sektor ini.

Dengan sokongan kerajaan, komitmen majikan dalam membina kemampuan serta akses terhadap alat pencarian pekerja seperti freemium, PMKS kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk bersaing, berinovasi dan maju dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah.

Menatap Hadapan – Membina Malaysia Yang Lebih Kukuh

Calon berbakat ada di seluruh Malaysia, narnun peluang secara tradisi tertumpu di bandar besar. 

Dengan runtuhnya halangan kos bagi pengiklanan pekerjaan, kempen freemium membantu perniagaan di seluruh negara untuk mencari kemahiran yang mereka perlukan dan membantu pencari kerja menemui pekerjaan lebih dekat dengan rumah,

Perluasan fungsi freemium oleh Jobstreet ke 10 negeri bukan sekadar langkah strategik, namun ia isyarat keyakinan terhadap potensi tanpa had PMKS di Malaysia serta peranan dalam memacu ekonomi negara. 

Komitmen ini melangkaui pembiayaan iklan kerja. la satu ikrar untuk mengukuhkan serta memperkasakan tenaga kerja tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN