PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 2.66 mata kepada 1,614.20 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,611.54 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,614.16.
Jumlah dagangan sebanyak RM3.46 bilion unit bernilai RM2.62 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 607 berbanding 395 dengan 512 kaunter tidak berubah dan 1,196 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.14 peratus kepada 4,086.89 dan indeks Nikkei Jepun melonjak 17.96 mata atau 0.035 peratus kepada 51,325.61 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks STI Singapura susut 0.17 peratus kepada 4,432.72.-UTUSAN










