KUALA LUMPUR: Jenama kasut antarabangsa, Bata terus memperkukuh kedudukannya sebagai jenama gaya hidup moden yang relevan dengan perubahan citarasa pengguna serta landskap peruncitan yang semakin kompetitif. Ia terbukti apabila jenama itu meraikan ulang tahun ke-131 di peringkat global dan 95 tahun di Malaysia, baru-baru ini. Pengarah Urusan Bata Malaysia dan Singapura, Rabi Hasnabi berkata, Malaysia memainkan peranan unik dalam perjalanan syarikat kerana hubungan akrab jenama itu dengan masyarakat tempatan yang…