WM Senibong sasar perluas kelas aset hartanah

WM Senibong sasar perluas kelas aset hartanah

CK QUAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, WM Senibong berhasrat memperluas kelas aset kepada pembangunan perindustrian, komersial dan bercampur termasuk pusat beli-belah kejiranan bersaiz sederhana, pusat kesihatan serta hotel. 

Ketua Pegawai Eksekutif WM Senibong, CK Quay berkata, pihaknya akan mempertimbangkan peluang untuk meluaskan operasi di luar Johor Bahru sekiranya terdapat projek dengan harga yang berpatutan serta lokasi yang strategik. 

“WM Senibong kekal komited terhadap pembangunan hartanah dan pembinaan komuniti sebagai teras utama perniagaannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Jelas Quay, seperti mana-mana syarikat yang memandang jauh ke hadapan, WM Senibong sentiasa menilai pelbagai pilihan untuk pertumbuhan perniagaan mampan dan matlamat jangka panjang syarikat. 

“Bagaimanapun, pada masa ini, kami belum lagi mempunyai rancangan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia,” katanya. 

Selain itu, jelas Quay, pihaknya akan mempertimbangkan peluang untuk meluaskan operasi di luar Johor Bahru sekiranya terdapat projek dengan harga yang berpatutan serta lokasi yang strategik. 

“Selain itu, WM Senibong juga berhasrat memperluaskan kelas aset kepada pembangunan perindustrian, komersial dan bercampur, termasuk pusat beli-belah kejiranan bersaiz sederhana, pusat kesihatan, hotel dan sebagainya.

“Projek kami seperti Senibong Cove yang telah mengubah kawasan tepi laut menjadi destinasi kediaman eksklusif dengan marina, taman hijau dan kemudahan gaya hidup, The Kews pula menawarkan keyakinan kepada pelabur melalui lokasinya yang strategik berhampiran  Link kedua ke Singapura, sekali gus memberikan akses rentas sempadan yang kukuh serta potensi peningkatan nilai modal,” katanya.

Beliau memaklumkan, Crest@Austin pula mengintegrasikan kediaman dengan kemudahan komersial, sekolah dan fasiliti kesihatan dalam hab bandar yang matang semuanya mencerminkan pendekatan menyeluruh WM Senibong dalam perancangan  induk.

Selain itu, pihak WM Senibong baru-baru ini memperoleh tanah utama seluas 388.5 hektar di Mount Austin, hanya tiga kilometer (km) dari Crest@Austin, untuk membangunkan Centennial ParcVista. 

“Bersama projek sedia ada di Senibong, Crest dan The Kews, kesemua pembangunan WM Senibong terletak di koridor pertumbuhan berpotensi tinggi di Johor Bahru, dipacu oleh pemangkin utama seperti penyempurnaan  Sistem Transit Rapid (RTS) yang dilaksanakan tepat pada masanya menjelang akhir 2026, penambahbaikan infrastruktur bandar yang dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas serta inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) yang kini dalam perancangan dan semakan. 

“Dengan bank tanah strategik melebihi 809.4 hektar dan unjuran nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM30 bilion, kami berada pada kedudukan kukuh untuk memacu pertumbuhan serantau,” katanya. 

Dalam pada itu, WM Senibong yakin dengan sokongan kerajaan negeri yang konsisten, dasar yang mesra pelabur serta persekitaran pasaran yang stabil, pendekatan perancangan induk menawarkan kelebihan nyata berbanding pembangunan bersifat individu oleh pemaju lain. 

“Kami tidak hanya membina unit kediaman, tetapi mewujudkan komuniti bersepadu dengan keseimbangan kediaman, komersial, gaya hidup dan ruang hijau yang dirancang secara menyeluruh. Ini memastikan penduduk bukan sekadar membeli rumah, tetapi memiliki akses kepada persekitaran mampan dengan kemudahan, keterhubungan dan infrastruktur yang meningkatkan kualiti hidup serta menjamin nilai hartanah jangka panjang.

“Inilah yang membezakan projek WM Senibong setiap pembangunan dirancang untuk memberikan nilai gaya hidup yang lebih kukuh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×