PETALING JAYA: Sektor runcit, makanan dan minuman (F&B) dan hospitaliti di Johor bersedia untuk menjadi enjin pertumbuhan seterusnya melangkaui hartanah kediaman, dipacu oleh Sistem Transit Rapid (RTS) yang dijangka mengubah aliran rentas sempadan antara Johor dan Singapura. Penganalisis Hong Leong Investment Bank Berhad, Tan Kai Shuen berkata, pusat beli-belah di Johor Bahru seperti KSL, Mid Valley Southkey dan Paradigm Johor Bahru sudah pun menarik minat warga Singapura, dengan dua pusat…