Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada RM122.7 bilion

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada RM122.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$122.7 bilion pada 29 Ogos 2025 meningkat berbanding AS$122.0 bilion pada 15 Ogos 2025. 

Bank pusat berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. 

“Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (AS$109.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$4.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

“Jumlah aset sebanyak RM610.68 bilion, meliputi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM518.67 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.61 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.86 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM27.62 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM44.33 bilion),” katanya dalam kenyataan. 

BNM berkata, modal dan liabiliti berjumlah RM610.68 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM196.00 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.44 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM115.63 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM RM10.71 bilion), deposit-deposit lain (RM75.26 bilion), kertas Bank Negara (RM9.25 bilion), peruntukan SDR (RM27.77 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.47 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN