PETALING JAYA: Maybank Investment Bank Berhad mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.3 peratus pada Julai, menandakan momentum pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan pada awal suku ketiga 2025. Penganalisisnya, Azril Rosli berkata, jangkaan tersebut dibuat berdasarkan data daripada Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI), minyak sawit mentah (MSM) dan Indeks Perdagangan Pengedaran (DTI) yang menyumbang 51.4 peratus daripada KDNK negara. Katanya, IPI meningkat lebih kukuh sebanyak 4.2 peratus tahun ke tahun…










