PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.22 mata kepada 1,586.81 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,585.59 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,586.98.
Jumlah dagangan sebanyak 3.01 bilion unit bernilai RM2.60 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 506 berbanding 449 dengan 536 kaunter tidak berubah dan 1,127 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 184.52 mata atau 0.42 peratus kepada 43,459.29 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura meningkat 0.27 peratus kepada 4,296.68 dan indeks Kospi Korea Selatan melonjak 1.25 peratus kepada 3,260.05. – UTUSAN