PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 0.51 mata kepada 1,585.08 pukul 9.02 pagi hari ini, berbanding 1,585.59 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,586.98.
Jumlah dagangan sebanyak 117.7 juta unit bernilai RM88.7 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 198 berbanding 101 dengan 282 kaunter tidak berubah dan 2,037 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 353.15 mata atau 0.81 peratus kepada 43, 996.96 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks STI Singapura turun 6.850 mata atau 0.16 peratus kepada 4,301.670, manakala indeks Kospi Korea Selatan meningkat 14.98 mata atau 0.47 peratus kepada 3,234.57. – UTUSAN