PETALING JAYA: Malayan Flour Mills Berhad (MFM) melancarkan kempen ‘Penuh Rasa, Menyatukan Jiwa’ bagi meraikan peranan makanan dalam menyatukan rakyat Malaysia merentasi budaya dan generasi sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68.
Wakil pengurusan MFM berkata, kempen ini merupakan penghargaan MFM kepada rakyat Malaysia atas sokongan berdekad-dekad terhadap MFM Cap Ros, bahan masakan yang dipercayai di dapur seluruh negara.
Katanya, ia meraikan berkaitan perbezaan budaya tetap disatukan melalui kegembiraan menyediakan dan berkongsi hidangan yang dibuat dengan penuh kasih sayang.
“Makanan yang dibuat dengan kasih sayang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. Merdeka kali ini, kita meraikan meja yang dikongsi bersama sebagai simbol penyatuan,” katanya dalam kenyataan.
Ditubuhkan pada tahun 1961, MFM adalah perintis industri pengilangan tepung di Malaysia serta pemain utama dalam industri pemprosesan makanan.
Selama lebih enam dekad, MFM membina reputasi berteraskan kualiti, kepercayaan dan inovasi, bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga antarabangsa.
Produk utama MFM, tepung serbaguna Cap Ros, diperkaya dengan vitamin dan zat besi serta terkenal dengan kepelbagaian penggunaannya dalam membakar, menggoreng, memekatkan kuah dan menyediakan doh.
Kempen ini menghargai pertukaran budaya harian yang menjadikan aktiviti memasak sebagai bahasa penyatuan merentasi generasi dan kaum.
Sementara itu, pada 31 Ogos, MFM akan turut serta dalam sambutan perarakan sempena Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya dengan siri aktiviti interaktif bergerak yang direka khas untuk menyemarakkan suasana dan meraikan semangat Merdeka bersama orang ramai.
Bagi meluaskan sambutan ke seluruh negara, MFM akan membawa semangat merdeka ke pasar raya dan pasar raya besar terpilih di seluruh Malaysia.
Pembeli yang membeli dua pek tepung MFM Cap Ros layak menyertai cabutan ‘Spin the Wheel’ untuk memenangi hadiah dapur praktikal seperti bekas kedap udara, apron dan beg penyejuk, sambil menikmati hiasan gerai nostalgia yang diilhamkan daripada suasana pasar makanan.
Di lokasi runcit terpilih seluruh negara, pembeli boleh menikmati sesi merasa makanan dan sampel produk yang menampilkan hidangan tradisional Malaysia menggunakan tepung MFM Cap Ros, menyerlahkan warisan tempatan dan kepelbagaian penggunaannya.
Sebagai sebahagian daripada sambutan di seluruh negara, peraduan digital ‘Cash Dash’ MFM mengajak pembeli mengimbas kod QR pada bungkusan MFM Cap Ros, memuat naik resit pembelian secara dalam talian, dan berpeluang memenangi kredit e-wallet Touch ‘n Go atau BOOST secara rawak.
Pembeli juga boleh menantikan promosi di kedai serta penebusan hadiah eksklusif. – UTUSAN