KUALA LUMPUR: Industri aeroangkasa Malaysia dijangka mencatatkan hasil sebanyak RM30 bilion pada 2025, meningkat berbanding RM25.1 bilion tahun lalu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, peningkatan itu didorong oleh barisan projek sedia ada serta penglibatan syarikat antarabangsa termasuk Airbus, Boeing dan pemain tempatan. “Sasaran itu realistik berdasarkan pertumbuhan pesat industri aeroangkasa Malaysia yang semakin mendapat tempat dalam rantaian bekalan global. “Kita…