PETALING JAYA: Hong Leong Bank Bhd (HLB) mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju perbankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara apabila diiktiraf sebagai Bank PKS Terbaik di Malaysia pada Anugerah Kecemerlangan Euromoney 2025, kali kedua berturut-turut. Pengiktirafan itu melengkapkan tahun yang cemerlang buat HLB selepas turut menerima anugerah sama daripada The Asian Banker dan Asian Banking & Finance tahun ini, sekali gus menyerlahkan kepimpinan pasaran dan kecemerlangan bank itu dalam segmen PKS…