RAMAI pembeli rumah, khususnya pembeli rumah pertama, terlalu teruja apabila pinjaman bank mereka diluluskan sehingga menandatangani surat tawaran pinjaman (LO) tanpa meneliti isi kandungannya. Tindakan terburu-buru ini boleh membawa risiko pada masa depan sekiranya terlepas pandang perkara penting dalam LO. Bagi mengelak masalah, berikut panduan tujuh perkara utama yang dikongsikan oleh Pengasas Komuniti Perjuang Hartanah, Ahyat Ishak untuk disemak dan difahami sebelum menurunkan tandatangan pada LO pinjaman bank. Kadar Keuntungan…










