PETALING JAYA: Pasaran saham naik 11.57 mata kepada 1,611.70 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,600.13 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,602.22.
Jumlah dagangan sebanyak 3.13 bilion unit bernilai RM3.16 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 739 berbanding 408 dengan 502 kaunter tidak berubah dan 969 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 111.89 mata atau 0.25 peratus kepada 44,790.38 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura turun 0.36 peratus kepada 4,322.21 dan indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 1.05 peratus kepada 3,414.10. – UTUSAN










