PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 12.77 mata kepada 1,598.93 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,611.70 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,606.86.
Jumlah dagangan sebanyak 2.56 bilion unit bernilai RM2.52 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 517 berbanding 495 dengan 509 kaunter tidak berubah dan 1,113 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 513.05 mata atau 1.15 peratus kepada 45,303.43 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura jatuh 0.3 peratus kepada 4,310.71 dan indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 1.40 peratus kepada 3,461.30. – UTUSAN