PELAKSANAAN petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding RM2.05 seliter bermula esok mendapat reaksi berbeza dalam kalangan rakyat di negara ini. Tidak dapat dinafikan, ia adalah satu langkah yang membolehkan kerajaan mengawal ketirisan subsidi bahan api yang mendatangkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan. Namun, terdapat juga pihak yang mempersoalkan sejauh manakah pelaksanaan BUDI95 ini dapat membantu rakyat dan impaknya terhadap ekonomi negara. Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),…