Agrobank tawar moratorium 6 bulan kepada pelanggan

Agrobank tawar moratorium 6 bulan kepada pelanggan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank tawar moratorium selama enam bulan bagi membantu pelanggan sedia ada di seluruh kawasan yang terkesan akibat bencana banjir, khususnya di Sabah.

Bantuan ini meliputi penangguhan bayaran balik pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggan Agrobank yang layak dan terjejas akibat bencana ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya memahami kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan akibat banjir baru-baru ini. 

“Agrobank sentiasa proaktif dalam menyediakan bantuan khusus bagi meringankan beban mereka dan kami berharap moratorium ini dapat memberi sokongan yang diperlukan sepanjang tempoh yang mencabar ini.”

“Saya dimaklumkan bahawa sebahagian pelanggan mengalami kerosakan harta benda, ladang dan aktiviti pertanian, sekali gus bencana ini turut menjejaskan sumber pendapatan dan kelangsungan perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, terdapat pelanggan yang  memerlukan penangguhan sementara bagi usaha memulihkan semula perniagaan. 

Oleh itu, pelanggan yang layak boleh memohon kemudahan moratorium ini bagi membina semula perniagaan masing-masing. 

Pegawai kami juga akan menghubungi pelanggan terjejas bagi membantu mereka mengharungi situasi ini,” ujarnya dalam kenyataan.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Banjir Agrobank melalui pusat panggilan Agrobank di 1300882476, selain memohon di laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my aatu berkunjung ke mana-mana cawangan Agrobank. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN