PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 1.90 mata kepada 1,610.95 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,609.05 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,609.75.
Jumlah dagangan sebanyak RM3.77 bilion unit bernilai RM2.47 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 645 berbanding 459 dengan 487 kaunter tidak berubah dan 1,057 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura meningkat 6.25 mata atau 0.15 peratus kepada 4,272.23 dan indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 45.16 mata atau 1.33 peratus kepada 3,431.21ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks Nikkei Jepun turun 311.24 mata atau 0.69 peratus kepada 45,043.75.- UTUSAN