WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, beliau akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas semikonduktor buatan asing, walaupun pengecualian akan dibuat untuk syarikat yang telah melabur di AS.
“Kami akan mengenakan tarif kira-kira 100 peratus pada cip dan semikonduktor, tetapi jika anda membinaNYA di Amerika Syarikat, tiada bayaran dikenakan, walaupun anda sedang membina dan anda belum mengeluarkannya lagi,” kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval pada petang Rabu.
Berita itu datang selepas pengumuman berasingan bahawa Apple akan melabur AS$600 bilioni AS.
Trump memberitahu CNBC pada hari Selasa bahawa dia merancang untuk mendedahkan tarif baharu pada terhadap produk semikonduktor “dalam minggu depan atau selepas itu” tanpa menawarkan butiran lanjut.
Begitu juga dengan Butiran tentang bagaimana dan bila tarif itu akan berkuat kuasa juga tidak jelas, tetapi syarikat semikonduktor Asia bertindak balas tentang potensi kesannya.
Di Taiwan, pembuat cip terbesar dunia TSMC berkata, bahawa mereka akan dikecualikan daripada tarif kerana pelaburan sedia ada di AS.
“Oleh kerana pengeksport utama Taiwan ialah TSMC, yang mempunyai kilang di Amerika Syarikat, TSMC dikecualikan,” kata ketua Majlis Pembangunan Negara Liu Chin-ching kepada badan perundangan Taiwan.
Pada bulan Mac, TSMC – yang mana Apple dan Nvidia pelanggan utama- berkata ia akan meningkatkan pelaburan di AS kepada AS$165 bilion untuk mengembangkan pusat pembuatan dan penyelidikan di Arizona. – Al Jazeera