STACK Infrastructure dari AS bakal bina pusat data

STACK Infrastructure dari AS bakal bina pusat data bernilai RM7 bilion di Johor 

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat infrastruktur digital terkemuka dari Amerika Syarikat (AS), STACK Infrastructure bakal membangunkan kampus hiperskala pusat data di Iskandar Puteri, Johor yang dianggarkan bernilai RM7 bilion. 

Menerusi hantaran di X, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, projek itu dijangka menjana banyak peluang pekerjaan dan memacu ekonomi digital. 

“Pelaburan ini bukan sahaja meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab pusat data terkemuka di Asia Tenggara, malah seiring dengan agenda negara kita untuk mencapai aspirasi sifar bersih karbon menjelang 2050.

Projek ini turut menititkberatkan aspek kelestarian dan mematuhi Garis Panduan Pembangunan Data Centre Lestari yang diperkenalkan,” katanya. 

Tambah beliau, pihaknya komited dalam memastikan pelaburan yang masuk adalah berkualiti tinggi dan mesra alam sekitar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN