PETALING JAYA: Kebanyakan produk yang akan menerima pengecualian duti ke Amerika Syarikat (AS) adalah dari semikonduktor di bawah sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang merupakan penyumbang terbesar eksport Malaysia ke AS, kata penganalisis ekonomi. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengecualian tarif ini hanya untuk produk tertentu yang dihasilkan di Malaysia tetapi pengeluarnya adalah pelabur dari AS. “Oleh itu, negara ASEAN lain…