Saham Petronas Chemicals tertinggi dalam sejak Januari

Saham Petronas Chemicals tertinggi dalam sejak Januari

SAHAM PCG ditutup tinggi 13.88 peratus kepada RM4.76 sesaham semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saham Petronas Chemicals Group Bhd. (PCG) melonjak dengan mencatatkan nilai tertinggi dalam sejak Januari lalu, meskipun syarikat melaporkan rugi bersih RM1 bilion bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 pada minggu lalu.

Pada 5 petang semalam, saham PCG naik 13.88 peratus kepada RM4.76, tertinggi sejak 8 Januari lalu.

Saham mencapai dagangan tertinggi sebanyak RM4.82 sen semalam dengan permodalan pasaran sebanyak RM38.08 bilion.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi antara pemacu pertumbuhan tersebut yang terus mengumpul saham dalam sesi dagangan kebelakangan ini.

Dana persaraan tersebut membeli 5.13 juta saham dalam pelbagai urus niaga sepanjang minggu lalu, selepas harga saham PCG merosot 9.09 peratus kepada RM3.60, berikutan kerugian bersih RM1.08 bilion bagi suku kedua.

Sejak mengeluarkan keputusan suku tahunannya pada 13 Ogos lalu, kumpulan telah pulih sebanyak RM1.10 atau 30.55 peratus, dengan KWSP kini menguasai 11.77 peratus atau 941.31 juta saham syarikat itu.

Pakar ekonomi dari Sunway University, Prof. Dr. Yeah Kim Leng berkata, peningkatan minat pelabur terhadap saham PCG kemungkinan didorong oleh sentimen positif terhadap pengembangan syarikat dan keupayaannya untuk menyampaikan hasil yang baik pada masa depan.

Katanya, potensi pertumbuhan akan menjadi penentu utama dalam mengekalkan tarikan pelabur terhadap sesebuah syarikat.

“Minat pelabur terhadap saham dapat dikekalkan jika kumpulan dapat menyampaikan hasil yang baik kepada pemegang kepentingan.

“Buat masa ini, sentimen terhadap saham Petronas Chemicals dilihat positif,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, Kim Leng berkata, selain potensi hasil, terdapat juga beberapa sentimen yang pasaran yang boleh mempengaruhi pergerakan harga saham masa depan seperti faktor luaran termasuk penggabungan dan pengambilalihan (M&A).

Menurut laporan tahunan terbaharunya, PCG dimiliki 64 peratus oleh Petronas dengan KWSP dan Amanah Saham Bumiputera antara pemegang saham institusi wajaran tingginya yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN