PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengoperasikan 112 poin pengecas kenderaan elektrik (EV) di sepanjang lebuh raya kendaliannya, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), sekali gus melebihi sasaran awal syarikat iaitu 100 poin pengecas menjelang akhir tahun ini. Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, kemudahan tersebut ditempatkan secara strategik di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah serta stesen minyak terpilih bagi memastikan akses lebih mudah kepada…