KUALA LUMPUR: Planet QEOS Sdn. Bhd. (Planet QEOS) memeterai perjanjian induk (HOA) bernilai RM2.32 bilion dengan lima rakan strategik bagi melancarkan Program Tenaga Baram DeepTech, sekali gus membuka laluan kepada pembinaan loji solar ‘firm’ pertama di Malaysia di kawasan tanah tinggi Baram, utara Sarawak. Kemudahan bersejarah itu bakal menjadi loji tenaga boleh diperbaharui pertama di negara yang mampu membekalkan elektrik berterusan sepanjang masa (dispatchable), setanding stesen janakuasa gas dan hidro…










