Pelaburan RM500j YCH Fusionaris bukti potensi jadi realiti

Pelaburan RM500j YCH Fusionaris bukti potensi jadi realiti

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz melawat kemudahan YCH Fusionaris Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaburan strategik YCH Fusionaris Sdn. Bhd. membuktikan potensi pelaburan boleh membuatkan hasil dan menjadi realiti, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam hantarannya di platform X, Tengku Zafrul berkata, syarikat logistik terkemuka ini membuat pelaburan besar sebanyak RM500 juta di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor. 

Katanya, pelaburan strategik YCH Fusionaris bermula dari potensi yang dikenal pasti semasa Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Singapura.

 “Kini, ia bukan lagi sekadar janji, malah telah bertukar menjadi kenyataan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaburan ini bukan sahaja akan melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai hab rantaian bekalan serantau, malah ia juga akan membuka 100 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan. 

“YCH juga giat membina kerjasama dengan rakan kongsi logistik tempatan, sekali gus memperkasakan ekosistem perniagaan tempatan kita.

“Inilah bukti nyata bahawa setiap inisiatif Kerajaan Madani adalah langkah permulaan yang membawa kepada pelaburan berimpak tinggi, demi kemajuan ekonomi dan teknologi negara kita. Dari potensi, kita jadikan realiti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN