Pelabur asing jual bersih RM1.14 bilion ekuiti tempatan lalu

Pelabur asing jual bersih RM1.14 bilion ekuiti tempatan lalu

BURSA Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM1.14 bilion minggu lalu, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding aliran keluar minggu sebelumnya sebanyak RM378.1 juta, menurut MBSB.

Firma penyelidikan berkata, pelabur asing adalah penjual bersih pada setiap hari dagangan, dengan aliran keluar harian antara RM145.6 juta hingga RM318.1 juta.

 “Aliran keluar tertinggi dicatat pada hari Selasa, diikuti oleh Khamis pada RM291.0 juta, Isnin (RM205.7 juta), Rabu (RM174.7 juta) dan Jumaat aliran keluar paling rendah.

“Hanya dua sektor yang mencatat aliran masuk bersih pelabur asing minggu lalu adalah produk dan perkhidmatan industri iaitu RM62.7 juta, manakala pengangkutan dan logistik RM36.2 juta,” katanya dalam nota aliran tunai.

Sementara itu, tiga sektor utama yang mencatat aliran keluar bersih pelabur asing tertinggi adalah perkhidmatan kewangan iaitu RM344.3 juta, penjagaan kesihatan RM239.1 juta dan utiliti RM210.2 juta.

Dalam pada itu, institusi tempatan meneruskan pembelian bersih untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah pembelian sebanyak RM1.03 bilion iaitu 3.9 kali ganda lebih tinggi daripada aliran masuk minggu sebelumnya sebanyak RM263.7 juta.

“Peruncit tempatan pula meneruskan aktiviti pembelian bersih untuk minggu kelima berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM105.5 juta.

“Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menunjukkan penurunan secara menyeluruh minggu lepas iaitu pelabur asing menurun 6.6 peratus, peruncit tempatan menurun 6.1 peratua dan institusi tempatan meningkat sebanyak 4.8 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN