PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 4.71 mata kepada 1,576.34 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,581.05 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,581.75.
Jumlah dagangan sebanyak 2.00 bilion unit bernilai RM2.02 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 493 berbanding 450 dengan 497 kaunter tidak berubah dan 1,150 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks STI Singapura turut menurun 36.66 mata atau 0.86 peratus kepada 4,219.86 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, Indeks Nikkei Jepun meningkat 729.05 mata atau 1.71 peratus kepada 43,378.31, manakala Indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 1.29 mata atau 0.04 peratus kepada 3,225.66. – UTUSAN










